0

"Macam mana nak tukar saiz Pendrive 2 GB kepada 4 GB.Jimat duit poket.

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 12:08 PG in
Ha....korang mesti pelik bin hairan kan,macam mana pendrive 2 GB boleh jadi 4 GB.Buat pengetahuan korang,hardware yang diguna untuk kedua-dua saiz pendrive ni adalah sama cuma system yang berbeza.

2

"Cara Untuk Format PC & Install Windows 7"

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 11:01 PG in
Ramai orang nak tau cara nak format PC $ Install windows 7 kat PC coz benda ni selalu dirahsiakan bagi orang yang cari makan Format PC secara sambilan kat rumah.Selalu nya kalau kat kedai habis murah pun RM30 terbang tapi bagi yang buat servis format pc kat rumah ni boleh dapat half price.Sebelum tu aku mintak maaf banyak kepada sesiapa yang terlibat dalam bisnes ni.Lagipun bukan ramai gak yang tengok blog aku ni.paling tidak pun 1000 user sehari.he he (pEraSan SeNdirI).Sebelum aku terangkan tentang cara format ni,aku nak nasihat la kat sesiapa yang mencuba ni dulu.pastikan kaji dulu apa yang patut dibuat sebelum main format je.Nanti tak pasal-pasal masuk kedai gak pc korang tu pasal salah Setup.Oh ya..untuk orang Tawau boleh komen kat blog ni kalau-kalau nak mintak tolong format kat area tawau..(Paham-paham je la yer pengerasnyer). Setup atau install Microsoft Windows 7 dalam komputer adalah sangat senang berbanding setup atau install Windows versi-versi lama seperti Windows XP, Windows Me, 98 atau 95. Masa yang ambil untuk siap proses installation pun tak lama, lebih kurang 30 minit. Kalau nak dibandingkan dengan setup Windows XP yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Itu pun kalau komputer tu specs dia bagus la.
Kat sini aku nak berkongsi mengenai cara-cara setup Windows 7. Kali ni aku nak tunjuk macam mana setup Windows 7 menggunakan CD-ROM. Lain kali aku tunjuk pulak macam mana kalau nak setup masuk dalam netbook yang tak ada CD-ROM drive, iaitu dengan menggunakan pen drive. Kena buat persediaan sebelum mulakan kerja-kerja install Windows 7. Perkakas/benda yang diperlukan: 1. CD-ROM Windows 7 2. Driver-driver hardware komputer seperti display driver, sound driver, network driver. Langkah 2: Boot melalui CD-ROM Windows 7 Switch on komputer dan masukkan CD Windows 7 dalam disc drive. Bila dah tutup cd drive tu, switch-off komputer semula. Lepas tu, switch-on komputer. (proses ini untuk memastikan komputer tu dapat detect cd-rom dalam drive semasa boot.) Komputer-komputer sekarang ni kebiasaannya memang dah di set di dalam BIOS untuk enable boot melalui CD drive. Jadi semasa start komputer tu, bila ada instruction macam ni kat screen: press any key to boot from CD/DVD... cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.
Note: Cara lain untuk boot melalui CD Ada sebahagian jenis komputer memerlukan kita tekan key F12 atau F10 atau F9 untuk kita pilih untuk boot melalui media apa. Biasanya info untuk tekan key apa, ada di paparkan beberapa saat semasa komputer mula di hidupkan. Kalau pada komputer netbook HP 1Malaysia, kita kena tekan F9 untuk pilih media lain contohnya USB pen drive.Lepas tu komputer akan boot melalui cd-rom Windows setup tersebut.
Langkah 3: Setup Windows 7 Sebaik sahaja berjaya boot melalui CD-ROM, kira dah senang. Cuma perlu ikut arahan pada screen.
Default setting dah macam ni, tekan je butang Next
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows
Tunggu jar ar..sabar.
Pasal architecture x86 dan x64 ni, tak usah pening kepala kalau tak tahu apa-apa. Pilih sahaja x86. Satu lagi sebab yang memerlukan korang memilih x86 ialah RAM komputer bawah 4GB dan hard disk kecik atau hampir penuh. Kalau x64 dia perlukan lebih kurang 16GB untuk operating system sahaja. Kalau specs komputer korang super power tahap gaban silalah pilih x64, tapi kalau biasa-biasa aje... pilih x86 sudah...
Setuju dengan lesen, pastu korang tekan Next
Pilih Custom (advanced) Kalau sebelum ni komputer anda ada operating system Vista, boleh pilih Upgrade. Windows XP tak boleh direct terus upgrade ke Windows 7. Jadi kena pilih Custom(advanced) untuk buat fresh install.
Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7 Kalau komputer ada banyak hard disk atau partition, dia akan paparkan kat sini untuk kita buat pilihan.
Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options. Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus.
Dalam Drive options(advanced) Kat sinilah kita boleh buat atau delete partition dan format hard disk atau partition. Lepas dah settle, tekan button Next untuk memulakan proses installation. Pada kebiasaannya, aku akan buat dua partition minimum untuk memudahkan kerja backup mengbackup kalau apa-apa jadik. Dalam demo ni, aku tak buat partition.
Windows 7 sedang diinstall Bila dah kat sini, bolehlah rilek-rilek sambil makan meggi. Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada kepoweran komputer korang. Komputer juga akan restart sendiri beberapa kali. Jangan risau, biarkan sahaja sampailah ke gambar kat bawah:
Isilah nama korang ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next
taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja tekan button Next. (Aku malas nak letak password)
Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate, takyahlah activate dulu.
Aku selalu pilih yang tengah-tengah.
Betulkan time zone.
Pilihan ni kalau komputer korang sedang connected pada network. Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network. (Benda ni boleh juga diubah kemudian)
Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing.
Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni. Lepas ni apa nak buat? Langkah 4: Install device driver Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat masa kita beli hardware atau laptop untuk install driver-driver tersebut.
Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan klik kanan mouse > klik Properties
Lepas tu klik pada Device Manager
Inilah device manager Kat Device Manager ni kita boleh periksa perkakas belum siap diinstall (yang mungkin belum ada driver atau mungkin bermasalah). Jadi, cubalah install satu-satu driver yang telah dibekalkan. Kesimpulan Install Windows 7 ni adalah satu kerja yang amat mudah. Boleh buat sendiri kat rumah tanpa patut ada rasa was-was dan dapat juga save RM. Kalau pergi ke kedai dah tentu kena charga RM30-50. Charge tu bukanlah pasal kerja susah tapi pasal ilmu, keyakinan dan kerajinan.ok la ye.aku pun dah patah pinggang dok menaip ni.lain kali aku ajar backup lak ye.ok la.selamat beramal

3

"Macam mana nak kekalkan kelajuan internet bagi dah habis limit "

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 7:26 PG in
ok mula2 korang buat macam ni. 1. klik start > run/search program and files 2. taip cmd > enter akan keluar command prompt 3. taip ipconfig/all akan terpapar segala detail connection. ip,subnet,gateway dan dns. perhatikan description connection.pastikan korang perhatikan ip yang broadband punye.jangan silap. kemudian tengok gateway atau dns server tu.
4.taip nombor gateway atau dns server tu cth: korang taip ping 10.176.44.70 -t 5.kemudian enter pastikan ada reply yang diterima selepas anda tekan enter. dan biarkan ia ping tanpa henti. biarkan proses ini berterusan selama mana anda online. prosses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan takkan DC dengan server dan akan mempercepatkan proses penghantaran paket dan penerimaan paket. so akan mempercepatkan proses membuka web page. (kadang2 akan lagg gak skit). kalau malas nak taip setiap kali nak ping.just copy paste kod ni ke notepad dan save as namefailape2.bat then double klik bile setiap kali nak ping @echo off cd\ ping 10.176.44.70 -t *gantikan 10.176.44.70 dengan gateway@dns broadband korang. nota sikit:ingat ianya hanya tips..

2

Kereta Versi Asal vs Versi Malaysia

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 6:42 PG in
Korang pernah tak selama ni tengok banyak kereta yang sama rupa lain jenama.Aku dah banyak gak dok selidik pasal keta ni.Contoh macam kereta Proton wira yang dah banyak jadi kereta Mitsubishi Evolution III.Sebenarnya banyak lagi selain Kereta wira yang korang tak perasan.kat bawah ni aku selitkan Kereta Evolution III ori + wira + wira evo
Sama body macam ni cuma facelift,lampu,dashbord je lain..body tetap sama sebijik
dan jadilah kereta Evolution III buatan tempatan.sama sebijik.JPJ pun pening kepala mau saman takut silap
Yang kat atas ni korang kenal tak ? The most popular car in Malaysia VIVA & Daihatsu Mira. Proton saga FL @ BLM pun tak terkecuali..tengok ni
Kereta Renault Dacia Logan cuba perhatikan betul-betul dari body,cermin penumpang belakang.macam sama tak?
Yang kat sebelah ni kereta buatan tempatan. saga FL dan BLM. Perodua Myvi pun tak ketinggalan samada model lama or yang baru.Terdapat dua versi model yang sama dengan myvi model lama iaitu Toyota Passo dan Daihatsu Sirion
Model Perodua Alza pun ada gak variasi dari Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas. Yang ni pulak Perodua Kelisa dan Daihatsu Mira
Yang di atas dan dibawah ni daihatsu move dan perodua kenari
Dan sebenarnya banyak lagi.nanti la update ye.Ape-ape pun sokong la kereta buatan Tempatan.Peace Yooo...

0

Cara-cara membuang antivirus palsu yang senang betul kita download di Internet

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 2:50 PG in
Kerap kali orang bertanyakan kepada saya bagaimana cara membuang antivirus palsu dalam computer mereka. Antivirus palsu ini menganggu operasi komputer seperti menyebabkan komputer lembab, cpu usage 100% dan Windows gagal berfungsi dengan baik. Antivirus palsu ini juga gagal dibuang menggunakan perisian antivirus seperti AVG, Avast dll. Tutorial ringkas ini akan menunjukkan cara membuang antivirus palsu seperti PC Security 2011, Antivirus XP, XP Guardian, AV Security 2012 dan sebagainya. CARA MEMBUANG ANTIVIRUS PALSU 1. Download Remove Fake Antivirus (1.84 terbaru) 2. Tekan butang start 3. Biarkan ia scan computer anda. 4. Restart computer dan kemudian jalankan scan menggunakan antivirus seperti Microsoft Security Essentials. Perisian Remove Fake Antivirus ini telah terbukti Berjaya membuang banyak antivirus palsu dan telah menyelamatkan banyak computer daripada menjadi mangsa. Download Remove Fake Antivirus sumber : http://jomphp.com/cara-buang-anvitivirus-palsu-fakerogue-antivirus.html#more-6278

0

Cara-cara untuk kecilkan saiz video

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 11:52 PTG in
Saiz video yang besar tidak bermakna kualiti sesuatu video tu baik dan tak semestinya saiz video itu kecil tidak bermakna kualiti video tu tak memuaskan.Disini saya serta kan cara-cara untuk mengecilkan saiz video yang makin memadatkan ruangan hard disc dalam laptop korang.Iyelakan,skarang ni kan makin banyak filem yang kita boleh klik je dari internet.tapi bila dah banyak disumbat kat dalam komputer korang,makin kurang la usaha korang nak download filem banyak-banyak lagi... Langkah pertama: Mula-mula download dari sini Extractlah guna Winzip/Winrar ke mana tempat yang korang suka pastu korang Download HandBrakeCLI dari sini Extract ke dalam folder yang sama dengan Cyko. Pastikan Cyko.exe berada dalam folder yang sama dengan Handbrakecli.exe Cara guna Double click Cyko.exe Click Add Source Files - boleh pilih banyak-banyak.. Click Options - isi setting macam ni: Rate Control: Target Quality 26 (semakin tinggi semakin kurang kualiti) Resolution: Height 450 Audio Bitrate: 48 Preset: Slow Tunes: Animation/Film Profile: High Aku rasa setting kat atas ni memang dah cukup bagus. Click button besar kat bawah tu "Scan Audio..." Lepas dia siap scan, tekanlah button Encode dan tunggulah sampai berjanggut.... *Kalau nak buat eksperimen, gunakan fail yang kecil dulu, 10 atau 20 MB ke.. *Kalau dah faham, lain kali aku tunjukkan pulak cara guna HandbrakeCli pulak untuk customize sikit outputnya mengikut kehendak kita.. misalnya kalau kita nak audio stereo.

1

koleksi kartun LAMBOK

Posted by Mohamad Firdaus Baharum on 9:28 PTG

Copyright © 2009 Firdaus New Info All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.